TEKNIK DAN TATACARA PENYEMBELIHAAN BINATANG KORBAN
Sebelum menyembelih haiwan korban, setiap penyembelih hendaklah memahami dahulu bagaimana rukun, syarat, tata cara dan doa yang dibaca. Rukun penyembelihan kurban ada empat : pekerjaan menyembelih (dzabhu) orang yang menyembelih (dzabih) haiwan yang disembelih alat menyembelih Syarat dalam menyembelih adalah memotong (hulqum) salur pernafasan dan salur makanan haiwan yang hendak disembelih sebagai korban. Syarat orang yang menyembelih adalah orang islam atau orang yang halal dinikahi orang islam. Maka disyaratkan orang yang menyembelih adalah orang yang boleh melihat. Manakala makruh sembelihan adalah orang yang buta, penyembelih yang belum baliqh dan orang yang mabuk. Syarat haiwan yang disembelih ialah haiwan yang halal dimakan, tiada cacat cela dan cukup umur. Syarat alat penyembelihan iaitu pisau yang tajam yang boleh menembusi kulit haiwan dengan cepat dan mudah memotong urat besar pada bahagian kiri kanan leher haiwan sehingga putus salur pernafasan dan salur makanan. Dengan ini