Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu
Kuala Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang. Jika kita ke Kuala Terengganu wajiblah singgah di kedai nasi dagang viral yang ada disini. Kedai tersebut di panggil 'Nasi Dagang Atas Tol'
"Datang awal jikalau anda tak mahu beratur panjang". Begitulah ucapan orang Kuala Terengganu kalau nak makan di kedai Nasi Dagang Atas Tol ini kena datang seawal jam 7.00 pagi atau seelok-eloknya selepas solat subuh untuk mengelakan daripada beratur panjang.
Saya dapati sistem menunggu dalam kedai dilakukan dengan cara sistematik. Sebagai contoh, pelangan yang datang perlu beratur dahulu untuk memesan makanan dikaunter dan tidak boleh memilih tempat duduk dan meja untuk 'cop meja'.
Pada masa dahulu, jika kerusi meja dah penuh dengan pelangan maka terpaksalah kita menunggu orang yang sedang menikmati makanan habis dimakan untuk saya dapat tempat. Akan tetapi tiada lagi isu tiada tempat duduk dan meja untuk menikmati makanan yang virul ini. Proses membeli @ memesan makanan menjadi lancar dan mudah kepada pelangan dengan cara beratur, memesan makanan dan tempat duduk yang telah diaturkan ketika pembayaran dibuat.
Kerusi dan payung disediakan kepada pelangan yang sedang penat beratur panjang ketika masa yang lama dan cuaca waktu pagi yang panas untuk memudahkan proses.
Oleh kerana kedai ini viral dan selalu menjadi tumpuan pelangan, saya terpaksa beratur panjang tak kurang 30 minit untuk membuat pesanan makanan serta menahan cuaca panas terik diwaktu pagi amatlah membosankan. Inilah pertama kali saya pergi dan menikmati Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu.
Comments
Post a Comment