Masa Saya
Setiap manusia memerlukan masa bersama orang yang rapat dengan kita iaitu isteri, anak-anak, adik beradik, sahabat handai, rakan sekerja, rakan universiti dan semua lapisan masyarakat untuk kita mengenali antara satu sama lain.
Masa saya adalah masa yang hanya untuk anda, melakukan sesuatu yang saya nikmati, tidak kira apa jua aktiviti yang dapat membuat saya bahagia.
Rasa lebih bahagia menjadikan saya lebih positif, sihat dan dipenuhi. Mengambil masa untuk bersenang-senang, berehat atau melakukan sesuatu hanya untuk diri sendiri.
Gambar ini diambil bersama Prof Madya Dr Aniza Binti Che Wel. Beliau seorang pengarang atau penerbit buku "Prinsip Pemasaran". Dengan bebesar hati meminta beliau menandatangan dihadapan muka surat buku tersebut.
Gambar ini pula diambil pada akhir 30 Syawal 1445 @ Hari Raya bersama Reginal Director RHB Bank Bhd Tuan Haji Rawi untuk wilayah 'Lembah Klang Utara'
Gambar ini diambil sempena menyambut Hari Raya bersama pelajar UKM Bangi dalam masa sama beliau adalah seorang pekerja RHB Bank Bhd dimana pada masa itu En Sarolizal menetap di Temerloh, Kuantan.
Menikmati ice-cream magnum bersama rakan sekerja. Pn Lily adalah seorang pekerja RHB Bank Bhd yang rajin dan cekap.
Sesi teh tarik bersama bekas rakan sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Beliau adalah En Krishna dimana kami bersama-sama membesar dan menuntut ilmu di Sekolah Ipoh, Perak.
Ini adalah Isteri saya yang dicintai. Kami bersama-sama dari Kajang menuju ke Batu Caves hanya semata-mata untuk menikmati Ezy Durian yang begitu terkenal dengan penjualan pelbagai jenis buah durian.
Gambar ini diambil bersama rakan sekerja RHB Bank Bhd di Restoran Khan Jee di Persiaran Capsquare iaitu sebuah restoran masakan Pakistan.
Ini adalah 'masa saya' akan tetapi bagaimana pula 'masa anda' atau kebiasaan di sebut "ME TIME".
Comments
Post a Comment