Hari Raya Aidil Adha @ Eid Al Adha Mubarak

Hari Raya Aidiladha adalah Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang jatuh pada hari ke-10 Zulhijah bersamaan dengan Isnin 17/06/2024 ialah perayaan yang disambut oleh seluruh umat Islam di setiap pelusok Negara. 


Ini bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim yang mendapat mimpi untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi perintah Allah s.w.t. Namun sebelum Nabi Ibrahim dapat mengorbankan putranya, Allah telah menyediakan seekor biri-biri untuk dikorbankan sebagai ganti.



Haiwan seperti unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing yang dikorban sebagai simbol kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan satu-satunya anak kesayanganya. Daging yang disembelih sebagai korban dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu sepertiga daging dimakan oleh keluarga yang menjalankan ibadah korban, sementara selebihnya dibahagikan kepada fakir miskin dan yang memerlukan. Ini bertujuan untuk memastikan setiap Muslim dapat memakan daging korban tersebut.


Solat sunat hari raya mesti dikerjakan secara berjemaah di Masjid. Solat Aidiladha dilakukan setelah matahari terbit sepenuhnya sebelum masuknya waktu zohor. Ini terdiri dari 2 rakaat dengan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua. Setelah solat selesai dikerjakan Imam akan membaca khutbah.



Semasa Hari Raya Aidiladha, melafazkan takbir dengan kuat sebelum solat Aidiladha pada hari pertama dan selepas solat sepanjang empat hari lebaran dan mengedarkan daging dikalangan penduduk dianggap sebagai bahagian penting dalam perayaan Islam ini.


Takbir terdiri daripada :

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
لا إله إلا الله
الله أكبر الله أكبر
ولله الحمد

Allāhu akbar, allāhu akbar, allāhu akbar
lā ilāha illā-llāh
allāhu akbar, allāhu akbar
walillāhi l-ḥamd


Comments

Popular posts from this blog

Malaysia Peugeot Community Group (MPC)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 @ Syawal 1445

Selamat Hari Pekerja