Sempena Menyambut Hari Kelahiran Mamaku.

Tanggal 15 bulan 6 tahun 1946 ada hari paling bersejarah dimana hari tersebut adalah hari kelahiran Mama di dunia ini.  Sempena menyambut hari kelahiran Mamaku pada hari Sabtu (15/06/2024), saya sekeluarga pulang ke Ipoh untuk meraikan hari yang penuh gembira.


Kami sekeluarga telah menempah temapt seperti Cottage 75 cafe yang lokasinya di Bandar Meru Raya, Ipoh. Tempat ini adalah kesukaan Mama dimana ikan salmon dimasak dengan menepati citarasa kegemarannya.

 



Selain hadiah dari kami sekeluarga, ada juga aturcara memotong kek sambil menyanyi bagi menghiburkan hati Mama.


Secara kebetulan saya telah merakam perbuatan Mama menyuap kek ke mulut Abah. Aduhh..begitu romantisnya mereka berdua dikala seusia begini.

Apa-apa pun doa dari kami sebagai anak-anak dan cucu-cucu, semoga...
  • mama dipanjangkan usia
  • mama diberikan kesihatan yang baik
  • mama dilempahkan rezeki yang luas
  • mama dimakbulkan segala doa
  • mama dipermudahkan segala urusan 
  • mama senyum dan ceria selalu..

Aamiin. 👐


Comments

Popular posts from this blog

Malaysia Peugeot Community Group (MPC)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 @ Syawal 1445

Selamat Hari Pekerja