Posts

Showing posts from May, 2024

Kuliah Maghrib

Image
UAI atau lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus @ Azhar Idrus yang mempunyai nama sebenar Zamrul Bin Idrus yang lahir pada 12 Februari 1964 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu Darul Iman ialah seorang penceramah bebas Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan pekat dengan dialek pantai timur Terengganu. Hari ini 25 Mei 2024 adalah hari paling gembira bagi diri saya secara peribadi dapat mendengar "kuliah maghrib" secara siaran langsung yang diadakan Masjid Taman Perumahan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.  Alhamdullilah, diakhiri kuliah maghrib tadi sedikit sebanyak dapat menimba lagi ilmu agama yang mendalam untuk bekalan hari akhirat.  Untuk perkongsian bersama di sini saya sertakan link untuk tetapan semua peminat UAI, semoga mendapat ilmu yang bermanfaat. https://www.facebook.com/share/v/tchbwyUhMSFaq5Zu/?mibextid=p7WL9T

SUKARELAWAN

Kejadian pada hari Sabtu jam 11.00 malam dilokasi Jalan Hiliran Kuala Terengganu. Sebuah bas persiaran yang kebetulan berada dilaluan saya mengalami kemalangan kecil. Bas tersebut telah melanggar tiang kabel telekom Malaysia.  Melihat kejadian berlaku didepan mata, saya dengan pantas menghulurkan bantuan menjaga lalu lintas untuk mengelakkan sebarang kemalangan terjadi keatas kenderaan lain yang melalui jalan yang sama. Walaupun saya berdepan dengan bahaya, saya cekalkan hati dan semangat untuk membantu apa jua cara bagi mengelakkan sebarang kemalangan kepada yang lain. Sebagai seorang warga Malaysia inilah semangat yang perlu diterap pada setiap individu.

Terengganu

Image
T erengganu terletak di timur Semenanjung Malaysia, dan bersempadan di barat laut oleh Kelantan, barat daya oleh Pahang, dan timur oleh Laut China Selatan.  Makanan tempatan yang paling terkenal ialah Keropok Lekor, yang dibuat terutamanya daripada gabungan adunan (tepung sagu) dan ikan bertumbuk terutamanya daripada ikan kembung dan sardin, digoreng dan dihidangkan dengan sos cili panas untuk minum petang. Keropok keping (keropok ikan) diperbuat daripada kepingan kering kering keropok lekor. Keropok lekor paling baik dimakan dengan sos cili tempatan, diperbuat daripada cili kering, asam jawa, gula dan cuka. Budu, sos ikan bilis yang sangat pedas dan masin juga popular di kalangan penduduk tempatan. Ia sering dicampur dengan bawang dan cili yang dihiris sebagai perasa. Budu diperbuat daripada ikan bilis yang ditapai dengan garam. Laksam atau laksang dalam bahasa Melayu Terengganu, laksa versi diubahsuai, diperbuat daripada tepung beras (kepingan tebal dan lembut). Ia dihidangkan dalam

Abang 'T'

Image
T oyo ta Corolla Cross   ialah sebuah SUV crossover kompak dibuat oleh pembuat kereta dari negara Jepun,  sejak tahun 2020. Dengan menggunakan nama seperti corolla cross,  ia diletakkan sebagai alternatif yang lebih besar dan praktikal kepada pesaingan kereta lain seperti Honda, Mazda, Hyundai dan lain-lain jenama terkemuka.  Di Malaysia, 2 jenama yang sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia seperti Toyota dan Honda. Kedua-dua jenama ini mendapat nama jolokan Abang 'T' dan Abang 'H'.  Model Cross didedahkan buat pertama kalinya di  negara Thailand  pada Julai 2020 beserta pasaran Asia Tenggara yang lain dan Taiwan pada tahun yang sama. Ia mula diperkenalkan untuk pasaran Malaysia bermula tahun 2021. Terdapat 3 jenis variasi iaitu 1.8G dan 1.8V ditawarkan dengan enjin 1.8 liter dengan transmisi boleh ubah berterusan (CVT). Manakala versi 1.8 Hybrid dikeluarkan beberapa bulan selepas pelancaran variasi G dan V.  Ciri-ciri keselamatan telah diuji oleh Asean Ncap dan te

People Come and People Go, however The Bank stay.

Kami baru sahaja berpisahan seorang kakitangan yang berwibawa. 😞 Beliau bertugas sebagai Personal Banker Wealth dan baru setahun jagung sudah bersama RHB Bank Bhd cawangan Jalan Ipoh Kuala Lumpur.  Beliau berhenti atas alasan menjaga Ibunya yang sedang sakit tua. Sungguh mulia akhlak dan tanggungjawab beliau sebagai seorang anak. Disaat saat hari terakhir beliau sesama kami, tetap menjalankan activiti 'jualan langsung' produk bank kepada pelangan RHB Bank Bhd malah berjaya meyakinkan pelangan untuk membuat pelaburan dengan cawangan Jalan Ipoh.  Kami semua rasa terharu dan berterima kasih atas penat lelah beliau semasa bersama kami dan menaikkan nama cawangan. Beliau adalah Pn Kalaiselvi A/p Murgaiyah. Semoga beliau dicucuri rahmat atas akhlak,semangat kental dan tanggungjawab Beliau sebagai seorang pekerja dan seorang anak. Berikut adalah video dihari terakhir Beliau bersama kami.

Craving For Satay Willy, Kajang.

Image
 Reward own self and family for today dinner 😋  

Raya/Syawal 2024 @ UKM Bangi

Image
Raya Aidilfitri 25 Syawal, kesyukuran yang tak terhingga diberi peluang meneruskan misi untuk mengenggam segulung Ijazah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Semester pertama berjaya diharungi dengan penuh dugaan dan pahit getir sebagai seorang Ayah, Pekerja RHB dan Pelajar UKM yang mana kelas diadakan pada setiap hujung minggu secara sepenuh masa. Walaupun keputusan yang diterima tak dapat dicapai angan. 💪 (sesi bergambar bersama rakan sekerja@rakan pelajar yang berjaya meneruskan pengajian ke semester ke-2 dengan Pensyarah yang hadir) Semeter ke-2 ini harus dijadikan dorongan untuk mencapai keputusan yang terbaik dimasa akan datang. Secara sejujurnya, saya tak menyangka dapat menyambung ke semester ke-2 ini dengan izin Allah. Saya selalu berdoa supaya saya lulus dengan cemerlang. Mak Ayah selalu berpesan nak berjaya ini kena ada usaha + berdoa  + tawakal kepada Allah = cemerlang dunia akhirat.  Dan sesungguhnya Allah dah kabul permintaan saya supaya dapat meneruskan semester yang