Abang 'T'
Toyota Corolla Cross ialah sebuah SUV crossover kompak dibuat oleh pembuat kereta dari negara Jepun, sejak tahun 2020. Dengan menggunakan nama seperti corolla cross, ia diletakkan sebagai alternatif yang lebih besar dan praktikal kepada pesaingan kereta lain seperti Honda, Mazda, Hyundai dan lain-lain jenama terkemuka.
Di Malaysia, 2 jenama yang sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia seperti Toyota dan Honda. Kedua-dua jenama ini mendapat nama jolokan Abang 'T' dan Abang 'H'.
Model Cross didedahkan buat pertama kalinya di negara Thailand pada Julai 2020 beserta pasaran Asia Tenggara yang lain dan Taiwan pada tahun yang sama. Ia mula diperkenalkan untuk pasaran Malaysia bermula tahun 2021. Terdapat 3 jenis variasi iaitu 1.8G dan 1.8V ditawarkan dengan enjin 1.8 liter dengan transmisi boleh ubah berterusan (CVT). Manakala versi 1.8 Hybrid dikeluarkan beberapa bulan selepas pelancaran variasi G dan V.
Ciri-ciri keselamatan telah diuji oleh Asean Ncap dan telah menerima anugerah sebagai Kereta Terbaik Afrika Selatan 2022
Keputusan ujian ASEAN NCAP [53] | |
Keseluruhannya | |
Penghuni dewasa | 33.01/36.00 |
Penghuni kanak-kanak | 44.35/49.00 |
Bantuan keselamatan | 14.50/18.00 |
Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan berdoa hajat tercapai untuk memiliki Abang 'T' ini untuk di hadiah kepada Isteri tercinta. Terdapat juga kelab toyota di facebook, Instagram, WhatsApp, TikTok dan pelbagai platform yang mudah disertai seperti CXC Official, Toyota Corolla Cross Malaysia, TCCH Malaysia dan ada lagi yang tidak dapat saya ikuti. Melalui kelab inilah kami dapat berkongsi maklumat, pengalaman, idea untuk pengubahsuai kenderaan mengikut citarasa masing-masing. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Program suai kenal, sesi 'Teh Tarik', Jalan-jalan cari makan dan banyak lagi disusun setiap bulan.
Disini saya nyatakan beberapa program yang telah dijalankan.
1) Memandu hingga Genting Hill
6) Rumah Terbuka Aidilfitri
7) CXC pencarian patin Temerloh (akan datang)
Oleh yang demikian, sesuatu kehendak itu haruslah dimulakan dengan usaha yang bersungguh dan berdoa tanpa putus asa agar hajat termakbul. Bak kata-kata peribahasa melayu "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Dalam pergaulan kita sesama manusia perlulah ada saling hormat menghormati dalam peribahasa "kawan biar seribu musuh jangan dicari". "Selagi nyawa dikandung badan" cari la ketenangan, kenikmatan, kepuasan dan macam-macam lagi yang ada didunia sementara ini.
Sekian dari saya.
Comments
Post a Comment