SUKARELAWAN

Kejadian pada hari Sabtu jam 11.00 malam dilokasi Jalan Hiliran Kuala Terengganu. Sebuah bas persiaran yang kebetulan berada dilaluan saya mengalami kemalangan kecil. Bas tersebut telah melanggar tiang kabel telekom Malaysia. 




Melihat kejadian berlaku didepan mata, saya dengan pantas menghulurkan bantuan menjaga lalu lintas untuk mengelakkan sebarang kemalangan terjadi keatas kenderaan lain yang melalui jalan yang sama.



Walaupun saya berdepan dengan bahaya, saya cekalkan hati dan semangat untuk membantu apa jua cara bagi mengelakkan sebarang kemalangan kepada yang lain. Sebagai seorang warga Malaysia inilah semangat yang perlu diterap pada setiap individu.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysia Peugeot Community Group (MPC)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 @ Syawal 1445

Selamat Hari Pekerja