Raya/Syawal 2024 @ UKM Bangi


Raya Aidilfitri 25 Syawal, kesyukuran yang tak terhingga diberi peluang meneruskan misi untuk mengenggam segulung Ijazah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Semester pertama berjaya diharungi dengan penuh dugaan dan pahit getir sebagai seorang Ayah, Pekerja RHB dan Pelajar UKM yang mana kelas diadakan pada setiap hujung minggu secara sepenuh masa. Walaupun keputusan yang diterima tak dapat dicapai angan. 💪

(sesi bergambar bersama rakan sekerja@rakan pelajar yang berjaya meneruskan pengajian ke semester ke-2 dengan Pensyarah yang hadir)

Semeter ke-2 ini harus dijadikan dorongan untuk mencapai keputusan yang terbaik dimasa akan datang. Secara sejujurnya, saya tak menyangka dapat menyambung ke semester ke-2 ini dengan izin Allah. Saya selalu berdoa supaya saya lulus dengan cemerlang. Mak Ayah selalu berpesan nak berjaya ini kena ada usaha + berdoa + tawakal kepada Allah = cemerlang dunia akhirat. 

Dan sesungguhnya Allah dah kabul permintaan saya supaya dapat meneruskan semester yang berikutnya. Ini sahaja yang saya rasa nak share kesyukuran dengan semua pembaca blog saya. Tapi perlu diingatkan :

1) walaupun sesukar mana pun sesuatu ujian atau perkara yang terjadi kepada kita, yakinlah 100% Allah akan sentiasa ada bersama kita untuk membantu dan mempermudahkan segalanya.

2) dalam kita berdoakan kejayaan dan kemudahan urusan diri kita, jangan lupa doakan sekali rakan-rakan dan pensyarah kita yang lain.



(doa yang akan saya baca setiap pagi sebelumnya mula "morning briefing")


3) walau apa pun, untuk berjaya kita jangan banyak alasan dan mengeluh.

(doa sebelum belajar yang telah diamalkan sejak disekolah tadika) 

Doakan saya dipermudahkan urusan dan berjaya menara gading. 

InshaAllah. Terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Malaysia Peugeot Community Group (MPC)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 @ Syawal 1445

Selamat Hari Pekerja