Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 @ Syawal 1445

BERAYA DI IPOH, PERAK.

 Hari Raya Aidilfitri, yang juga dikenali sebagai Lebaran, menduduki tempat yang sangat istimewa dalam hati umat Islam seluruh dunia. Menandakan penutupan bulan suci Ramadan, hari yang penuh dengan kemenangan ini bukan sahaja menandakan berakhirnya sebulan berpuasa tetapi juga membawa makna yang mendalam tentang pengampunan, kebersamaan, dan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin."

Ucapan ini menunjukkan inti dari Hari Raya, yang bukan sahaja merayakan kemenangan tetapi juga meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan.

"Moment bersama keluarga di Hari Raya tidak ternilai harganya. Selamat berkumpul bersama insan-insan yang kita sayangi."

"Semoga Syawal ini lebih bererti, membawa kedamaian dan kebahagiaan, serta memperkuat ikatan kasih antara kita semua."



"Hari ini, kemarin dan seterusnya, aku akan selalu bahagia dan berterima kasih kepadamu. Kamu adalah sumber kebahagiaanku."




Silalah dengar lagu yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Sebuah lagu yang tak telan zaman walaupun sudah berpuluh tahun lagu ini masih bermain diradio.



Sebagai penutup, saya ingin mengingatkan kepada semua yang mengenali diri saya supaya merancang percutian dan perjalanan anda di Hari Raya Aidilfitri dengan sebaik mungkin. Marilah kita sambut Hari Raya Aidilfitri dengan hati yang gembira dan persiapan yang sempurna. Semoga kita semua menikmati perayaan yang penuh berkah dan kebahagiaan.

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin"

Daripada :

Shahrul Helmi Sekeluarga

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Malaysia Peugeot Community Group (MPC)

Selamat Hari Pekerja