Perhijrahan Rumah Ke-2 Saya - KAJANG

Kajang adalah sebuah bandar di Daerah Hulu Langat dan Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Kajang bersama-sama dengan sebahagian besar Daerah Hulu Langat, dikelola oleh Majlis Perbandaran Kajang.  Bandar Kajang terletak di tebing timur Sungai Langat. Ia dikelilingi oleh Cheras, Semenyih, Bangi, Putrajaya dan Serdang.

  Kajang terkenal dengan sataynya, mungkin perbezaan antara satay-satay yang lain lebih istimewa dari segi peperapan dan ramuannya. Secara tidak rasmi, Kajang dikenali sebagai Bandar Satay. Sepanjang penempatan saya di Kajang, satay 'Willy' adalah pilihan utama saya sekeluarga.


Kajang sekarang ini sudah menjadi bandar pilihan ke-2 saya sekeluarga setelah kami semua berhijrah dari Ipoh, Perak. Pada mulanya kami sekeluarga berat hati untuk berhijrah ke Kajang memandangkan saya sudah selesa dan serasi dengan persekitaran dan suasana di Ipoh.

Kajang merupakan satu bandar yang agak sesak dan penempatan yang padat namun perkhidmatan awam yang mudah didapati seperti Hospital, Bus, Mrt, Sekolah, pusat membeli belah dan lain-lain yang memberi keperluan seharian untuk saya sekeluarga.

Kajang mempunyai pelbagai Institut Pengajian Tinggi yang berpotensi tinggi sebagai Bandar Keilmuan yang akan memberi manfaat kepada saya sekeluarga. Oleh yang demikian Kajang merupakan perbandaran yang selesa dengan keindahan semulajadi, warga yang bestari ke arah pembangunan mampan serta pusat 'satay' yang terunggul. 

Comments

Popular posts from this blog

Malaysia Peugeot Community Group (MPC)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 @ Syawal 1445

Selamat Hari Pekerja