Posts

Showing posts from April, 2024

Selamat Hari Pekerja

Image
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ   Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebaikan pada pekerjaan ini dan apa-apa kebaikan yang ada padanya. Dan aku berlindung denganMu dari keburukan dan apa jua keburukan yang ada padanya. Jangan biarkan aku lupa dan meninggalkanMu. Kurniakanlah kesabaran, ketenangan, kemudahan, keikhlasan dan keberkatan dalam perjuangan pekerjaan ini.  -SELAMAT HARI PEKERJA- Kepada semua 'pekerja' atau lebih dikenali tenaga buruh mahir, buruh separa mahir dan buruh tidak mahir.   Sempena Hari Buruh Malaysia kepada semua diucapkan Selamat Hari Pekerja. Nikmati kehidupan bersama keluarga tersayang .

Cerita Animasi Zaman Kanak-Kanak

Image
Apa itu Animasi ? 🤔 Animasi adalah perubahan cepat dari gambar diam yang disusun secara berurutan untuk menciptakan suatu ilusi gerakan. Gambar tersebut dapat berupa gambar makhluk hidup, benda mati, ataupun tulisan. Kata Animasi atau “Animate” berasal dari bahasa Latin “Animare” yang berarti menghidupkan atau mengisi dengan nafas. Dragon ball merupakan cerita animasi pilihan saya dari masa zaman kanak-kanak, remaja sehinggalah dewasa. Malah ada jugak peminat cerita ini seusia saya akan tetap ada ramai peminat tegarnya mengikuti perkembangan cerita bersiri ini. Cerita ini menceritakan perjalanan Son Goku, dari masa kecil hingga dewasa, saat ia berlatih seni bela diri dan menjelajahi dunia untuk mencari tujuh Bola Naga, bola ajaib yang dapat memanggil naga pemberi keinginan ketika dikumpulkan bersama. Sepanjang perjalanannya, Goku membuat beberapa kawan dan penjahat pertempuran, yang kebanyakannya juga mencari Bola Naga. Cerita asal telah disesuaikan menjadi dua siri anime yang dihasil

Perhijrahan Rumah Ke-2 Saya - KAJANG

Image
K ajang adalah sebuah bandar di Daerah Hulu Langat dan Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Kajang bersama-sama dengan sebahagian besar Daerah Hulu Langat, dikelola oleh Majlis Perbandaran Kajang.  Bandar Kajang terletak di tebing timur Sungai Langat. Ia dikelilingi oleh Cheras, Semenyih, Bangi, Putrajaya dan Serdang.     K ajang terkenal dengan sataynya, mungkin perbezaan antara satay-satay yang lain lebih istimewa dari segi peperapan dan ramuannya. Secara tidak rasmi, Kajang dikenali sebagai Bandar Satay. Sepanjang penempatan saya di Kajang, satay 'Willy' adalah pilihan utama saya sekeluarga. K ajang sekarang ini sudah menjadi bandar pilihan ke-2 saya sekeluarga setelah kami semua berhijrah dari Ipoh, Perak. Pada mulanya kami sekeluarga berat hati untuk berhijrah ke Kajang memandangkan saya sudah selesa dan serasi dengan persekitaran dan suasana di Ipoh. K ajang merupakan satu bandar yang agak sesak dan penempatan yang padat namun perkhidmatan awam yang mudah didapati seperti

Malaysia Peugeot Community Group (MPC)

Image
P eugeot   is a French brand of automobiles owned by  Stellantis.   The family business that preceded the current Peugeot companies was founded in 1810,  i s regarded as the oldest car company in the world.   On 20 November 1858, Émile Peugeot applied for the lion  trademark.  Armand Peugeot (1849–1915) built the company's first car  steam tricycle.  T his picture was crop and paste for hardcore fans of Peugeot car.  I was fortunate to own an affordable continental car, the 408T model, as my first sedan vehicle.  We have a large WhatsApp and Facebook group for owners of Peugeot cars in Malaysia. We call it Malaysia Peugeot Community Group (MPC). In our group, we have experienced users who can share their knowledge about car issues, ranging from minor to major problems. We are able to exchange ideas on car modifications. Most Peugeot car owners are generous with ideas and knowledge, always willing to help each other. Some of the activities from 'Teh Tarik' session we are kn

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 @ Syawal 1445

Image
BERAYA DI IPOH, PERAK.   Hari Raya Aidilfitri, yang juga dikenali sebagai Lebaran, menduduki tempat yang sangat istimewa dalam hati umat Islam seluruh dunia. Menandakan penutupan bulan suci Ramadan, hari yang penuh dengan kemenangan ini bukan sahaja menandakan berakhirnya sebulan berpuasa tetapi juga membawa makna yang mendalam tentang pengampunan, kebersamaan, dan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa. "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin." Ucapan ini menunjukkan inti dari Hari Raya, yang bukan sahaja merayakan kemenangan tetapi juga meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan. "Moment bersama keluarga di Hari Raya tidak ternilai harganya. Selamat berkumpul bersama insan-insan yang kita sayangi." "Semoga Syawal ini lebih bererti, membawa kedamaian dan kebahagiaan, serta memperkuat ikatan kasih antara kita semua." "Hari ini, kemarin dan seterusnya, aku akan selalu bahagia dan berterima kasih kepadamu. Kamu adalah sumber kebahagiaanku."