Posts

Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Malaysia

Image
            J ambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan jambatan yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang melintasi muara Sungai Terengganu. Jambatan ini menjadi salah satu destinasi tarikan utama di Kuala Terengganu.            Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan hasil projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dimana kawasan ini dimajukan untuk manaik taraf kawasan Pantai Timur Malaysia.                     Gambar Penuh Jambatan Angkat Kuala Terengganu           Kuala Terengganu City Centre (KTCC) merupakan pusat bandaraya moden, menerap unsur kebudayaan dan alam semula jadi adalah komponen penting dalam merangka Jabatan Angkat Kuala Terengganu yang memegang peranan penting dalam menghubungkan 2 kawasan utama iaitu Muara Selatan (tanjung) dan Muara Utara (seberang takir) malah, membolehkan pengguna jalanraya dapat memendekkan masa perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Alhamdulillah, rezeki dapat melihat jambatan angkat secara 'live' 😊      Oleh yang d

TEKNIK DAN TATACARA PENYEMBELIHAAN BINATANG KORBAN

Sebelum menyembelih haiwan korban, setiap penyembelih hendaklah memahami dahulu bagaimana rukun, syarat, tata cara dan doa yang dibaca.  Rukun penyembelihan kurban ada empat : pekerjaan menyembelih (dzabhu) orang yang menyembelih (dzabih) haiwan yang disembelih alat menyembelih Syarat dalam menyembelih adalah memotong (hulqum) salur pernafasan dan salur makanan haiwan yang hendak disembelih sebagai korban. Syarat orang yang menyembelih adalah orang islam atau orang yang halal dinikahi orang islam. Maka disyaratkan orang yang menyembelih adalah orang yang boleh melihat. Manakala makruh sembelihan adalah orang yang buta, penyembelih yang belum baliqh dan orang yang mabuk. Syarat haiwan yang disembelih ialah haiwan yang halal dimakan, tiada cacat cela dan cukup umur. Syarat alat penyembelihan iaitu pisau yang tajam yang boleh menembusi kulit haiwan dengan cepat dan mudah memotong urat besar pada bahagian kiri kanan leher haiwan sehingga putus salur pernafasan dan salur makanan. Dengan ini

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Samsul Debat @ Kajang

Image
Syamsul Debat dikenali dengan nama sebenar Syamsul Amri Ismail yang merupakan seorang personaliti televisyen yang terkenal dengan rancangan keagamaan kebanyakkannya disiarkan di Tv Al-Hijrah. Beliau dilahirkan pada 3 Ogos 1977 di Kampung Ayer Dedali, Batu Kikir Jempol Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangssan Paroi, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said Seremban. Beliau seterusnya melanjutan pengajian dalam bidang Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara Lendu Alor Gajah Melaka sehingga peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Khamis, 06 June 2024 adalah tarikh pertama kalinya Ustaz Syamsul Debat memberi ceramah kuliah maghrib di Masjid Prima Saujana Kajang. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja dan menghiburkan, diselit dengan jawapan pekat dengan dialek Negeri Sembilan. Syukur dapat juga bergambar secara selfie ber

Sempena Menyambut Hari Kelahiran Mamaku.

Image
Tanggal 15 bulan 6 tahun 1946 ada hari paling bersejarah dimana hari tersebut adalah hari kelahiran Mama di dunia ini.  Sempena menyambut hari kelahiran Mamaku pada hari Sabtu (15/06/2024), saya sekeluarga pulang ke Ipoh untuk meraikan hari yang penuh gembira. Kami sekeluarga telah menempah temapt seperti Cottage 75 cafe yang lokasinya di Bandar Meru Raya, Ipoh. Tempat ini adalah kesukaan Mama dimana ikan salmon dimasak dengan menepati citarasa kegemarannya.   Selain hadiah dari kami sekeluarga, ada juga aturcara memotong kek sambil menyanyi bagi menghiburkan hati Mama. Secara kebetulan saya telah merakam perbuatan Mama menyuap kek ke mulut Abah. Aduhh..begitu romantisnya mereka berdua dikala seusia begini. Apa-apa pun doa dari kami sebagai anak-anak dan cucu-cucu, semoga... mama dipanjangkan usia mama diberikan kesihatan yang baik mama dilempahkan rezeki yang luas mama dimakbulkan segala doa mama dipermudahkan segala urusan  mama senyum dan ceria selalu.. Aamiin. 👐

Hari Raya Aidil Adha @ Eid Al Adha Mubarak

Image
Hari Raya Aidiladha adalah Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang jatuh pada hari ke-10 Zulhijah bersamaan dengan Isnin 17/06/2024 ialah perayaan yang disambut oleh seluruh umat Islam di setiap pelusok Negara.  Ini bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim yang mendapat mimpi untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi perintah Allah s.w.t. Namun sebelum Nabi Ibrahim dapat mengorbankan putranya, Allah telah menyediakan seekor biri-biri untuk dikorbankan sebagai ganti. Haiwan seperti unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing yang dikorban sebagai simbol kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan satu-satunya anak kesayanganya. Daging yang disembelih sebagai korban dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu sepertiga daging dimakan oleh keluarga yang menjalankan ibadah korban, sementara selebihnya dibahagikan kepada fakir miskin dan yang memerlukan. Ini bertujuan untuk memastikan setiap Muslim dapat memakan daging korban tersebut. Solat sunat hari raya mesti dikerjakan

Ezy Durian Batu Caves Kuala Lumpur

Image
Nama 'durian' berasal daripada perkataan melayu duri iaitu buah yang banyak duri berduri pada kulitnya yang membawa makna penuh "Durian". Durian adalah buah yang boleh dimakan dari beberapa spesies pokok di Malaysia seperti Musang King, D24, XO, Udang Merah, Kucing Tidur dan pelbagai nama diberi mengikut jenis pokok, buah, warna dan rasa buah. Ada sesetengah kawasan buah durian dikenali sebagai 'Raja Buah'. Ini kerana durian ini menpunyai saiz yang berbeza-beza, bau yang kuat dan kulit yang dilitupi duri yang tajam dan banyak. Disini saya sertakan lokasi Ezy Durian untuk peminat durian seperti saya menikmati durian yang segar turun dari ladang untuk pengemar durian Ezy Durian. https://maps.app.goo.gl/UbHiwhRGDVBCAJ3i9 Terdapat juga rujukan rakam cara-cara memilih dan mengenali durian denga cara lebih mudah difahami. https://www.facebook.com/share/v/TdgBiQwJTZffEcTB/?mibextid=p7WL9T (boleh juga dilihat waktu live kebetulan saya berada di Ezy Durian Batu Caves K

Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu

Image
Kuala Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang. Jika kita ke Kuala Terengganu wajiblah singgah di kedai nasi dagang viral yang ada disini. Kedai tersebut di panggil 'Nasi Dagang Atas Tol' "Datang awal jikalau anda tak mahu beratur panjang". Begitulah ucapan orang Kuala Terengganu kalau nak makan di kedai Nasi Dagang Atas Tol ini kena datang seawal jam 7.00 pagi atau seelok-eloknya selepas solat subuh untuk mengelakan daripada beratur panjang. Saya dapati sistem menunggu dalam kedai dilakukan dengan cara sistematik. Sebagai contoh, pelangan yang datang perlu beratur dahulu untuk memesan makanan dikaunter dan tidak boleh memilih tempat duduk dan meja untuk 'cop meja'. Pada masa dahulu, jika kerusi meja dah penuh dengan pelangan maka terpaksalah kita menunggu orang yang sedang menikmati makanan habis dimakan untuk saya dapat tempat. Akan tetapi tiada lagi isu tiada tempat duduk dan meja untuk menikmati makanan yang virul ini. Proses membeli @ memesan makan